Skip to main content
Panah Tradisional

                                                    Assalamualaikum

Hai, harini aku akan menulis (lebih kepada menaip sebenarnya) berkenaan dengan panah tradisional, panah tradisional ni lain dengan panah moden (modern recurve bow), dari segi bentuk, cara draw, dan yang tradisional lagi best kalau guna dengan anak panah buluh atau kayu.


                                                             (contoh panah tradisional aku)
                                                           *abaikan latarbelakang bersepah tu..hahahaha

Pada pendapat aku panah tradisional lebih susah dan mencabar berbanding panah moden sebab panah moden dah tersedia target sights, dan tradisional lebih kepada naluri, so aku ada senaraikan kelebihan dan kekurangan panah tradisional.

Kelebihan:
  1. Kelajuan panahan adalah lebih baik dan berada sedikit di bawah prestasi busur kompaun.
  2. Jarak efektif dan ketepatan busur bergantung kepada kemahiran pemanah.
  3. Pemanah secara naluri biasanya bergaya dengan busana tradisional semasa acara memanah.
  4. Busur dan aksesori menggunakan banyak bahan semulajadi.
  5. Satu-satunya jenis busur untuk teknik naluri yang sesuai untuk memanah semasa di dalam pergerakan; seperti berkuda.
Kekurangan:
  1. Jenis busur ini lebih susah untuk dikuasai dan memerlukan lebih banyak masa, komitmen dan tenaga untuk belajar dan berlatih.
  2. Selain perlu ditempah, harga busur dan aksesori yang berkualiti untuk tema memanah ini adalah mahal.

So tu antara yang dapat aku hurai kan serba sedikit buat masa ni. insyaAllah akan bersambung lagi...wassalam.


-PanahHijau

Comments

Popular posts from this blog

Giveaway Miakassim Dot Com 10 Tahun

Saya jumpa blog ini melalui blog orang lain ketika saya sedang scroll di reading list. Tapi blog siapa, saya dah lupa.. Hehehehe.. Blog ini kemas dan paling penting, loading lajuu... Goodluck untuk diri saya, serta penganjur.. Semoga GA ini sukses yawww..

Segmen Blogwalking YanieYusuf 2016

Segmen Blogwalking Raya 2017 Mialiana.com